Tuesday, April 20, 2010

hilang

Beli ikan di kedainya paklang..
ikan hidup disiang mati..
menyepi bukan maknanya menghilang.
kesibukan hidup di alam realiti..
jika hilang carilah ia..jika dicari pasti jumpa..
jgn cari dgn hidung tapi carilah dengan mata..

Wednesday, November 28, 2007

overhaul required!


...fuhh!! bersawang dah tempat ni! lama tak menjenguk...nak kena overhaul dulu ni...

Thursday, February 22, 2007

ujian kesabaran

buat kali keduanya dlm 2 minggu berturut2 kedai kami dipecah masuk lagi!!! kalau ikutkan hati..memang geram..sedih pun ye gak...maunya tak?? dah 2 kali!! dan yg ke2 kali ni pulak lg 'meriah' hasil rompakannye...
to the extend cik abang cakap..."kalau dapat rasa nak 'bunuh' je orang tu!"
nastaghfirullah..."sabarla bang!"..
(monolog : segeram2 org pompuan ni tak le sampai mengalahkan tension lelaki!)
..hampir2 kami putus asa dan putus harap..give-up la..cakap omputihnye..takut pun ya jugak...yalakan..perompak sekarang ni bukannya takut..rumah polis lagikan dirompak ..inikan pulak orang biasa ni ha..to the xtend we decided nak tutup kedai.. lelong barang..keja makan gaji balik..macam dulu..siann suamiku..tension sampai demam!
"tapikan bang..hilang harta benda ..wang ringgit ..boleh dicari ..tapi kalau nyawa..? tiada gantinye"...sabagai isteri ..kata2 begini je yg dapat dikeluarkan...after 9 years of marriage..i've learned that never add fuel to the burning fire...
(monolog : teringat saidatina khadijah menenangkan Rasulullah s.a.w. selepas pertemuan dgn Malaikat Jibrail di Gua Hera'...bolehkah aku menjadi seperti khadijah? aaamiiin..Insya'Allah walaupun tak 100% ..1% pun Alhamdulillaaaaaaaah....)
tapi...alhamdulillah..dek kerana iman yg sekelumit ini..kesedihan dan kegeraman tu taklah berpanjangan.....disebalik setiap kejadian itu ada hikmahnye... pokok pangkalnye kena redha, pasrah dan kami anggap musibah yg menimpa itu sebagai tanda ujian Allah bagi hamba2nye yg mengetahui... Ustaz kata Allah hanye menduga hambaNya bagi menguji tahap keimanan seseorang tu...ujian kesabaran la gamaknye....perlu tingkatkan usaha lagi dan ingatan padaNya...
kadang2 kita ni lupa..lalai..dalam menunaikan tanggungjawab pada Allah..
he..he..tau tak pe!:)

Saturday, February 17, 2007

Life is a Gift

Today before you think of saying an unkind word

- Think of someone who can't speak.

Before you complain about the taste of your food

- Think of someone who has nothing to eat.

Before you complain about your husband or wife

- Think of someone who's crying out to God for a companion.

Today before you complain about life

- Think of someone who went too early to heaven.

Before you complain about your children

- Think of someone who desires children but they're barren.

Before you argue about your dirty house, someone didn't clean or sweep

- Think of the people who are living in the streets.

Before whining about the distance you drive

- Think of someone who walks the same distance with their feet.

And when you are tired and complain about your job

- Think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job.

But before you think of pointing the finger or condemning another

- Remember that not one of us are without wrong doings.

And when depressing thoughts seem to get you down

- Put a smile on your face and be thankful you're alive and still around.

Life is a gift, live it, enjoy it, celebrate it, and fulfill it.

Juz... be thankful of what you are and what you have.

Alhamdulillah...

Thursday, February 08, 2007

Thursday, January 18, 2007

SELAMAT TAHUN BARU 1428 HIJRAH

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.



Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Di baca 3 kali selepas Solat Maghrib dan sebelum Solat Isya’ pada malam akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata Syaitan, “ Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.”


WALLAHUA'LAM





Sunday, January 14, 2007

RM10

aduhai bapa ...
sanggup melihat anak menangis hiba...
dari mengeluarkan duit RM10 saja...
katamu berdesing ditelinga...
jgn diturutkan sangat kehendak mereka...
nanti lama2 besar kepala..
kenapa perlu membazir duit tak tentu hala...
baik disimpan dan ditimbun ntah banyak mana???

Aduhai bapa...
RM10 bukannya peleburan...
tapi pelaburan...
saham akhirat sebagai imbuhan...
harapan peninggalan...
doa anak2 yg berpanjangan...

aduhai suami...
sebagai ibu derita mereka dirasai...
kalau tak mampu kenapa berjanji...
setelah berjanji kau mungkiri...
sedih dihati tidak terperi...
bukannya kita kais pagi makan pagi...
tak salah memberi asalkan happy...
bukannya selalu tapi sekali...

wallahua'lam..