Sunday, February 12, 2006

Pengasih

"Ustaz Zul" begitu handal dengan ilmu pengasihnya sehingga dengan mudahnya memerangkap beberapa orang wanita kaya. Segala perbelanjaan 'Ustaz' ditanggung beres.
Adoi, kenapa kerajaan tak mau menggunakan kesempatan ini untuk mengamankan dunia. Bayangkan, dengan ilmu ini, Iran dan US (dan sekutu-sekutunya berdamai). Selatan Thailand henti kocakkan yang sedang melanda kawasan itu. Selatan Filipina aman damai. Arroyo dan Misuari berpelok-pelokan. Palestine dan Israel sama-sama menjamu kibas golek. Dan, dan, dan ....... dan keseluruh rakyat Denmark dan EU menangis teresak-esak meminta maaf kepada seluruh dunia Islam. Ahai, ampuhnya ilmu "Ustaz Zul."

Khayalan, khalayan. Astaghfirullah!

Tapi yang saya hairan adalah bagaimana senang kaumku tertipu. Selalunya sikap gelojoh kaumku sendiri yang patut disalahkan.

Semoga Allah SWT melindungi diriku dan sahabat-sahabatku dari terperangkap dalam keadaan sebegini.

1 comment:

Ku Keng said...

Bila ditangkap digelarlah "ustaz". Bila ke mahkamah kerana merogol berkopiah; bila ditangkap basah maka bertuding liku macam ustazah. Inilah antara yang mencemarkan nama Islam. Agama digunakan untuk melalikan keadaan. Dan begitulah gambaran orang bukan Islam terhadap Islam.