Wednesday, February 22, 2006

Dek kerana mata

...hati tertawan! perasaan bergelora...lalu terluahlah bicara..
tapi kadangkala..
...timbul benci di hati! mulalah nak menyumpah.. astaghfirullahal azim..

betullah kata org..dr mata turun ke hati..dan dr hati terus ke mulut..kalau ada insyuran takpe gak.. mulut manis badan binasa..jgn kerana mulut jiwa merana..semuanya berpunca dr MATA!!!

bersyukurlah mereka yg tidak dpt melihat...tiada hati yg bergelora...mulut yg laser..tapi adakah MATA dijadikan Tuhan kerana sia2 dan berbuat lebih banyak dosa?? yg pastinya MATA boleh jd penyakit dan juga penawar... semuanya bergantung pada AQAL!



MATA PUNCA PENYAKIT?!

Sejauh mana kebenaran telahan ni ..kita sebagai manusia beraqal harus menilai... tapi yg nyata..what u see is what u get! human unlimited wants derived from this... nampak cantik, murah, maka teringinla pulak..tengok tu tengok ni!nak tu nak ni ! synonym sesangat! kalau tak nampak mesti tak terfikir nak! kalau dah nampak..?? subhanallah... keinginan pd sesuatu yg cantik tak terhad pada lelaki mahupun perempuan...takde org kat dlm dunia ni yg teringin pd sesuatu yg tak cantik... memanglah kekadang tu idamkan benda yg cantik tapi dpt yg tak cantik...jgn komplen...tak bersyukur namanya...

Tu baru pd benda belum cerita pasal hubungan sesama manusia... tak kenal maka tak cinta? biasanya org akan react pada sesuatu yg dilihat lebih cepat drpd yg didengar...
Zina mata kata ustaz...pandangan sekali tu tak sengaja..dua kali tu rezeki...kali yg ketiga tu nafsu melulu!! sebenarnya ada dua kali je saje je ditambah yg first tu...

MATA sebagai PENAWAR

Dgn mata... kita boleh melihat betapa indahnya ciptaan Tuhan lalu bersyukur dgn ni'mat kurniaanNya. Bukan org buta tak bersyukur..tapi kesyukuran mereka dirasai apabila melihat dgn matahati.. ada hikmahnya bilamana mereka dijadikan buta mata bukan buta hati... buta hati adalh lebih parah dari buta mata... teringat saya akan sebuah nasyid kanak2 berbunyi...
"buta mata..tak nampak jalan di dunia..kerana tidak nampak cahaya..."
tapi omputih bila dia cakap..I can see the light..! maknanya tak lama lagi lah tu..

sebenarnya banyak lagi nak tulis tapi masa mencemburui saya utk duduk lebih lama depan PC ni...(dr buat keja berfaedah)... apa yg saya harapkan jagalah MATA tuan2 dan puan2...bukan hanya mata tetapi semua deria2 utama.. kerana mereka2 inilah (kecuali mulut) yg akan menjawab bg pihak kita di padang mahsyar kelak... ingatlah! hidup ini sementara... dahulukanlah yg wajib dan tinggalkanlah yg lagho... apa yg baik sesungguhnya datang daripada ALlah dan yg buruk tu dr diri saya sendiri... wallahu warasuluhu a'lam..

maaflah..artikel kali ni sempoi yo...coz yg dedulu tu ihsan dr seseorg yg lebih berpengelaman dlm bidang blogging ni... tima kasih tok....WORLD PEACE! MUSLIM LIVES!

5 comments:

Ku Keng said...

Dik, eh Dik ke? Mata-mata pula bagaimana?

Anggun said...

Mc_Kay,

Setuju sangat ngan isu mata. Sebabnye memang byk dosa yang bermula dari mata.

Cuma kita mungkin lebih byk membazirkan airmata di kala menonton kisah putus cinta Shah Rukh Khan dari menangisi dosa2 kita di depan Allah..(saya lah tu).

Saya memang terasa insaf kalu dengar lagu nasyid Buta Mata tu..Antara lirik lagu yang terkesan di hati. Tak silap lirik oleh NORA, seorang penulis sajak da'wah yang terkenal satu masa dulu..Kemana peginya sekarang ni..

NATO said...

keng tembaga : tok..cucula..takkan tersasul lak kot...tok slalu ingat tok ni muda.. mata2 tu zaman moden ni org panggil polis...yg belasah org slalu tu polis yg celik mata tp buta hati...

anggun : kak anggun.. time kasih krn sudi berkongsi perasaan dgn saya.. saya ni seorg yg mudah nak menjiwai watak esp kalau tengok hindustan.. nangis la jugak.. membazir je kan.. klu air mata keluar krn muhasabah diri xpe la gak...kan?
kalau setakat lagu nasyid tu saya arif jugak le tp sape penulis lirik tu di luar pengetahuan.. lgpun bukan zaman saya pun..

Yeop-Harley said...

Sakit mata Yeop baca blog nih. Berwarna warni macam kaum ibu di Sg. Siput aje. Salam ya Kak Kay. Ni Yeop, broom brooom tumpang lalu dalam rondaan.

Pak Malau said...

Tertawan sungguh Pak Malau dengan jelingan mata anak. Kalau anak bertemu dengan pemuda bernama Damak, jangan ngorat ya! Itu boyfren anak Pak Malau, Sri.