Sunday, February 19, 2006

Ingatan

Dalam kerisauan kerana kekecohan yang sedang menimpa ummah pada ketika ini, Kak teringat akan firman Allah SWT:

Lihatlah bagaimana kita tertipu. Kartun yang digembar-gemburkan dibuat pada Oktober lepas. Tetapi memandangkan tak ada reaksi dari ummah Islam maka musuh-musuh Islam mengapi-apikan keadaan sehingga melarat sebegini. Rusuhan-rusuhan di Iran, Pakistan, Libya, Palestine, dll. Dan yang terbunuhnya bukanlah di Denmark! Yang menjadi bodoh mengapi-apikan keadaan sedihnya adalah orang Islam sendiri. Hartabenda yang musnah di negeri sendiri. Bukannya di Amerika atau Denmark atau Israil. Sungguh aneh.

Janganlah kita tertipu dengan tipu daya musuh dan janganlah gentar dengan kemegahan mereka.

maksud ayat: Dan kepada mereka yang dikhabarkan, "Sesungguhnya musuh telah berkumpul untuk menghadapi kamu, maka takutilah (usah melawani) mereka." Tetapi amaran ini malahan meningkatkan keimanan mereka. Dan mereka berkata, "Memadailah Allah bagi kami dan Dialah sebaik-baik Pelindung."

2 comments:

Ku Keng said...

Alhamdulillah Kak Kay. Lama-lama menghilang, muncul-muncul terus beri peringatan. Tidak ada yang terlebih baik daripada firman Allah Ta'ala.

Yeop-Harley said...

Yalah Kak, semalam di Nigeria pulak bangunan dibakar. Dan di Indonesia tak reda-reda juga. Yang untungnya siapa? Marahkan nyamok kelambu dibakar.